aku dan anak2 ketawa macam biasa, sampai tergolek.
Tak pernah sangka dalam hidup abang aku, ada sisi kelabu yang pernah dialaminya.
PERISTIWA 1:
Abang menaiki bas ekspress untuk ke Pulau Pinang.
Dalam bas, dikerusi bersebelahan, seorang pemuda, mungkin nak tidur dengan nyaman dan selesa telah membuka stokin dan kasutnya. Masalahnya ialah bau kaki dan stokin dia....
Beberapa penumpang berhampiran (kebanyakannya bangsa Cina) masing2 mula tidak selesa dengan bau kaki yang dilepaskan dari sepatu. Masing2 mula memandang ke arah abangku dengan pandangan yang semacam. Bila selalu dijeling dan direnung tajam, abang aku mula rasa tidak selesa...
Beberapa kali 'dituduh dengan pandangan kejam', abang mula hilang sabar lalu bersuara dengan lantang.
"Pasai apa tengok saya? Tu...budak tuh...sini mai tengok! hey sedara, kau pakai balik kasut kau! Kalau tak, aku ikat kasut tu kat muka kau dari KL sampai Penang! Kau cium sendiri bau kaki kau tu. Kami dah setengah mati tahan nafas dari tadi, kau tau tak?!!
Kelamkabut lelaki muda tu sarung semula stokin dan kasutnya...
Baru lah masing2 lega.....
PERISTIWA 2.
Dalam bas ekpress lagi. Dari KL - Penang....
Seorang perempuan muda berbangsa Filipina. Sejak dari Bukit Jalil sampai ke..(aku lupalah), selama sejam tak berenti2 bercakap dalam telefon dalam bahasa Tagalognya. Jalan masa tu jammed gila. Masing2 nak lelapkan mata pun tak senang bila permpuan tu sudahlah bercakap dengan suara yg kuat, lengkap dengan ketawa mentelnya lagi....penumpang lain yg berhampiran dah gelisah, lebih2 lagi abang aku yg duduk di kerusi sebelah. naik bingit dan kebas lubang telinga.
Abang aku beri masa 10 minit lagi. Bila masih tak diam jugak, abang bangun sambil menjerit sekuat hati..
"Hey you >#^%$.....SHUT UP!!!!"
Driver bas berhentikan bas mengejut. Semua terkejut dengan ledakan suara abang aku.
"Ada apa hal ni, encik?" - tanya driver yg menghampiri abang aku....
"Bang, halau perempuan ni turun sekarang jugak! Saya bayar balik berapa harga tiket dia. Dua kali ganda pun tak apa! Dari mula naik sampai la....dah sejam lebih tak habis2 memekak! Dia ingat dia sorang bayar tiket ker apa? Ini bas bapak dia ker apa?!!" - abang betul2 naik hangin....
Garangnya abang aku.....
Driver tu pun pergi kat perempuan tu...
"Hey, dengar sini....bukan kau sorang duduk dalam bas ni ok. Kena hormat passengers lain. Orang lain ada yang penat, nak tidur, nak rehat, bukan nak dengar kau punya Qu Qa Qu Qa....Kalau nak degil sangat, nak tunjuk mentel, nak memekak, KAU TURUN SEKARANG JUGAK. TURUN!!!!"
Perempuan yg mulanya tergedik2 tadi tu terus menikus dan senyap nak mim mim puss sampai ke Penang. Aku ingat dia kena demam terkujat2 seminggu selepas peristiwa tu....
Waktu berhenti minum di R&R, driver bas mendekati abang aku.
"Abang ingatkan, abang sorang yang panas baran, rupanya encik pun sama, serupa lah kita.." - kata driver bas tu sambil ketawa.
"Tak tahan bang, hilang sabar saya....kalau nak bercakap dalam telefon pun agak2 lah sikit, orang lain pun pakai telefon jugak.... suara dia pulak tu, adoiii....orang pekak pun boleh pulih pendengaran, orang buta pun boleh celik semula, geli betul dengan tergedik2 lagi...." - jawab abang aku selamba. Mereka ketawa berdekah2 kemudiannya.
Abang driver tu berkongsi pengalamannya dengan abang aku. Suatu ketika, salah seorang penumpang yg dibawa ialah sekeluarga Arab. Sudahlah sepanjang perjalanan, anak Arab tu tak reti duduk diam, berlari2 sepanjang lorong sambil menjerit2 hingga mengganggu penumpang lain. Mak bapak nya buat tak tau jer.
Waktu berhenti rehat di R&R, driver tu lihat sepanjang lorong tengah dalam bas tu bertaburan pop corn dan jajan lain yg dah dipijak-pijak. Semuanya dilakukan oleh anak arab tadi.
"Encik....tolong bersihkan balik pop-corn atas lantai bas tu..."
- beritahu driver tu dengan elok kepada bapak budak2 arab tu.
Orang Arab tu merenung tajam tepat ke muka driver. Menganggap lelaki tu tak faham bahasa, maka driver terpaksa gunakan broken englishnya menerangkan hal yg serupa. Naik angin pulak arab tu.
"SO WHATT??" - katanya sambil menjegilkan biji mata.
So what???....huh? belum sempat dia habiskan ayatnya, "POWWW!!!" sebiji penumbuk hinggap dimukanya. Berdarah mulut arab tu. Driver tu campak semua beg2 arab tu ke tanah dan halau mereka anak beranak turun dari bas.
"Kurang ajar punya arab! Kat tempat kau, kau boleh buat macam ni! Ingat, ini Malaysia tau! Kau pergi buat report sekarang! Aku tak takut!!!
Selamba jer driver tu tinggalkan arab dan keluarganya terkulat2. Baru terkena buku dengan ruas.
Macam2lah kan...
Q.












Wow! kalaulah semua driver buat macam tu tak pasal-pasal lak timbul isu biadap, kurang ajar.. bla bla...
ReplyDeletepadahal ada penumpang yang lebih teruk lagi.
Lain kali kalu ada kes mcm tu, driver kena ada saksi dan bukti barulah tak takut bertindak. Nanti orang report polis takut dia lak kena buang kerja.
Macam-macam hal.
Salam kak Q, akakkkk, salute sama abg akak, berani bersuara,sy ni pengecut, setakat tgk2 dgn jelingan tajam jer berani, nak kena tuntut ilmu dgn abg akaklah camni..ida
ReplyDeleteAssalamualaikum......salam perkenalan utk Kak Q, setelah sekian lama saya jadi pengikut setia blog akak, baru sekarang ada ruangan komen, Alhamdulillah....saya minat betul dgn gaya tulisan akak, sampai tertunggu-tunggu post dr akak, kenkadang tu dlm sehari refresh berkali2 takut ada post terbaru.....ha...ha..kelakar betul...coretan akak begitu menggamit hati saya....anugerah Allah yg tidak ternilai tuu...Salam, One77
ReplyDeleteBetul tu Azie...
ReplyDeleteTapi I percaya, tentu driver tu dah byk pengalaman berhadapan dgn situasi begini dan tau nak handle mengikut kaedah apa. Setengah org boleh ditgur cara baik, setengahnya sebaliknya. Terkena masa tu masing2 tgh hangin....mmg padahlah!
Peristiwa abg I tu memang byk saksi cuma depa takder keberanian atau mungkin lebih bersopan dari abg I hehee...kami ketawa semalam sbb tak tahan tengok gaya dia bercerita...dia sebenarnya seorg yg sgt kelakar dan boleh bertimbang rasa easily, cuma tu lah....kalau dah keterlaluan. Dia tak rasa bersalah pun menjerit pada seorg perempuan, eee.....
Pengalaman I masa berexpress dulu ialah ada couple buat projek dalam bas. Driver dan co dia dah lama perati sdgkan I tak sedar pun wlp couple tu duduk depan I! punyalah naive..
Sekali tu bila driver tu dtg jerkah, nak terngompol I seminggu...apa taknya driver tu kata I sengaja biarkan dan tumpang tengok. Ya Rabbi, manalah I tau, masa tu malam dan mata kita pejam....telinga pulak tak dgr apa2 pun....couple tu dia turunkan sebelum sampai ke destinasi. Pada I itulah kelakuan penumpang paling teruk....setakat bercakap kuat tu...pening jugaklah apalagi bila lepaskan bau stokin dlm ruang berhawa dingin....
Rasanya driver perlu berani dan yakin dlm tindak tanduk yg diambil so tidaklah dia menabur pasir dlm periuk nasi sendiri, setuju? Suka your feedback - rasanya dah hampir 30 thn I tak berexpress....Q.
Salam Ida...
ReplyDeletePada akak sepatutnya tegur cara baik lebih baik. abang akak tu naik angin bila penumpang terdekat asyik pandang2 dia sambil tutup2 hidung macamlah bau tu dtg dr kaki abang akak. Sepatutnya siasatlah dulu...tu yg dia hangin tu haha....yer lar..dia sendiri hampir koma dan naik juling tahan nafas,org seolah2 tuduh dia pulak haha....
Perempuan asing tu pulak...adoii...mengada2 mcm nak tarik perhatian lelaki kat situ dgn lagak gediksnya wlp abg dah eberapa kali beri pandangan amaran kpdnya...tu yg dia nyampah giles...amik ko.
Abg suka naik bas sebab dia nak rehat sepanjang jalan yg jauh tu...so rasa fresh sikit nak mulakan tugas....dia sebenarnya ada kenderaan dn driver sendiri tp prinsip hidup dia mmg akak salute lah. Akak proud ada abg mcm tu...mana ada boss ke pejabat seawal 5.30 pagi, solat subuh pun kat office. Dia pi kerja naik motor biasa jer tau, dan tkader sorang jiran akak yg tau dia tu siapa dan bagaimana...pi kerja dgn t-shirt biasa, lagak pun mcm org tak tau apa2 hahaa...Dia tegur kakitgn bawahan dgn sikap dan perbuatan yg ditunjukkan bukan dgn lidah dia....sbb tu bila dia bukak mulut, habis!
Secara peribadi dia memang seorang kelakar gila lebih2 lagi bila bercerita pasal benda2 yg dia tak suka tp jadi budaya dijabatan2 kerajaan....pasal meniru pasal mengejek gaya org yg dia tak berkenan, mmg meletup lah...kalau tak sempat lari ke bilik air mmg tak pasal2 kena mop lantai hahaa....
akak jarang layan dia sembang, penat mulut ketawa sampai nak pengsan rasanya....dgr dia membebel marah akak kasi dia makan 'racun' pun dah tak boleh tahan...satu rumah riuh dgn kerenah dia. Anak2 akak pun tak sebising dia....
Sambil tambah nasi sambil cakap : "mama korang nak bunuh uncle nih..." hahaa....thank you Ida masih sudi singgah sini....Q.
Salam one77...(pheww...nasib baik bukan oo7 heh? hehe...)
ReplyDeleteterimakasih sudi ikuti tulisan akak yg selalu merapu meraban ni....hati2 dgn jari tu bila selalu refresh...kang tumpul kang...daaah tak boleh nak colek sambal belacan, colek2 tak sampai, colek2 tak sampai haaahaa....gurau ek. Dlm hidup akak ni, ada satu cerita yg paling kelakar pengalaman akak sendiri tp tak boleh citer kat sini, sebab bila nak cerita kena cerita detail dan terpaksa gunakan perkataan2 sebenar..ni ruangan open..semua jantina boleh baca...takut ada org tak boleh tido mlm sepanjang hayat hehee....cerita tu bemesej dan penuh pengajaran, sayangnya...erm, takper lah, simpan sendiri jer.
Lainkali singgah lagi one77 ya...akak pun tunggu dgn jari berbungkus hahaa...Q.
Akak Q, sy rs abg akak nih mesti yg spttnya pkai uniform tp dia nyer jab. x pyh..hehe betoi ka??..P****, sbb dia pandai menembak, tp of courselah dia dah ats2 nyer..ida..sy akn selalu sggh wlupun akak x jemputs!
ReplyDeleteEEEEhhhhh....salah! salah! betul satu jer, yg lain semua salah...aha...taktau....Q.
ReplyDeleteHaa....haa...ada2 aje Kak Q ni, teringin nak baca cerita yang bermesej dan penuh pengajaran tuuu...walaupun hanya sekadar baca coretan akak, tapi rasa mcm dekat sangat dgn akak....entahlah agaknya sebab saya ni terlalu suka dgn tulisan akak kot!! Anyway semoga Allah SWT sentiasa memberkati akak n anak2 yang comel tu...AMIN - One77
ReplyDelete