Nov 14, 2010

CERITA SEMALAM - SELAMAT BERPISAH ANAK-ANAK...

"Salam kak....esok akak gi majlis ker?" - suara di telefon.


"Terpaksa lar pi...siapa nak uruskan makan minum tu?'


Tiapkali ada acara2 begini, tugasku menyediakan makan minum untuk VIP. Lain dari itu, aku kena raikan detik2 bermakna dalam hidup anak2...letih dan penat tolak ke tepi. Dalam sesetengah perkara, hidup ini tidak boleh terlalu berkira. Tidak pernah tahu takat mana aku dapat bersama mereka, maka aku akan terus menghargai segala kesempatan yang di beri.


"Awak tak pi, Safura?"

"Tu lar....nak cakap ngan akak ni....Sarah tu sibuk sangat nak gi!"
- ucap Safura dalam telo Pantai Timurnya...

"Hmm....bawak jer lar....dia pun dapat anugerah kan?"

"Ni lah nak cakap ngan akak, kali ni result dia teruk! dia tak dpt apa2 pun tapi sibuk nak gi, wat malu jer!"


Terkejutnya aku bila diberitahu Safura. Sarah satu kelas dgn my9. Peperiksaan pertengahan tahun aritu dia dapat tempat ke dua, kali ni terus menjunam ke 18...tapi, apa masalahnya? Kalau tempat ke 20 sekalipun, anak2 ni hanya berbeza by point jer.... anak2 aku bukan tak pernah alami dapat angka banyak2 begitu, tak ada apa2 yang memalukan lah! Dalam menjawab peperiksaan pelbagai kemungkinan boleh terjadi....tak jadi hina pun...


"Safura, esok awak bawak Sarah pi....jumpa akak kul 9 lepas akak siapkan kerja."


"Hisyy...nak gi jugak ker, kak? Buat malu jer muka terhegeh-hegeh kat situ...."


"Esok jumpa akak, ok?"


Semalam, dalam kalut2 siapkan makanan untuk jamuan, hp aku tak henti2 bernyanyi....salah satu panggilan dari Safura....


"Kalau akak tak gi, siap! Saya malu...."


Jam 9, aku melilau cari Safura. Panggilan aku tak berjawab. Aku dah hampir berpatah balik untuk keluar dari dewan bila tiba2 bahuku ditepuk dari belakang.


"Ehh...lama baru sampai! Ingatkan saya nak balik dah..."

"La...kenalah siapkan kerja dulu.........."


Aku tercari2 tempat duduk kosong. Dewan yang besar hampir penuh. Seorang guru datang menghulurkan kerusi kepadaku dan Safura. Tapi suasana hingar bingar dalam dewan membuatkan kami tidak selesa untuk berbual, akhirnya kami keluar mencari angin damai....


"Apa yang memalukan kalau Sarah tak dapat anugerah?"


"Dia mana pernah 'jatuh' tiap2 tahun....kali ni teruk betul lah dia, kak Q....geram saya! Buat malu jer."


"Lagi-lagi malu....sepatutnya awak lebih kuat dari dia. Masa ni lah dia perlukan awak, sebaliknya awak macam buang dia, semata2 gagal dapat anugerah. Fikirkan perasaan anak. Awak tak sedih, tak terfikir, kenapa dia sanggup nak datang jugak tengok kawan2 dia terima anugerah? Mungkin dia cuba nak ubat sendiri kekecewaan dia, nak memotivatekan diri untuk lebih berhati2 di masa depan. Sedangkan awak, sibuk berleter dan tunjukkan sikap meminggirkan anak sendiri...dia cuma seorang kanak2 umur 9 tahun! janganlah kejam sangat jadi emak tu...

Dia tak pernah gagal sebelum ni. jatuh kali ni  tentu memberi satu pukulan dalam jiwa dia. Di mana awak di saat dia mengharapkan pelukan, ditenangkan, di beri semangat.....yang ada cuma marah dan leter....agaknya mana haluan fikiran nak ditujukannya? Berhenti lah dari jadi pemburu anugerah, itu bukan segala2nya. Apa yang penting ialah dia faham apa yang dia belajar. Buat silap perkara biasa. Bukannya dia menghafal semata2 nak kejarkan anugerah. 

Anugerah hari ni tidak menjanjikan sesuatu untuk dia di masa depan. Ramai manusia berjaya pada hari tua tanpa satu anugerah pun di zaman kanak-kanaknya...Cuba ubah sikit cara berfikir....janganlah terlalu tekan anak2...kita tak lama mana dengan mereka. Hargai masa yang ada dengan saling menggembirakan...."


Safura mengelap mata dengan tisu warna biru muda. 


Aku terpaksa memohon untuk ke tempat lain selepas ditunggu beberapa lama oleh sekumpulan ibu yang lain...kemudian oleh satu kumpulan lain lagi....masih tak selesai beberapa isu yang mesti ditangani sebelum 2010 berakhir.


Usai majlis, aku bergegas pulang untuk membakar kek yang akan diambil selepas Zuhur...letihnya badan bagai terpecah lapan...
bangun seawal 4am membuatkan aku hanyut depan TV selepas kek siap dibakar....


Menjelang petang bersiap pula untuk farewell party kelas my12...
Majlis meriah dengan pelbagai makanan terhidang disulami kesedihan bila kebanyakan dari kami harus berpisah jauh....anak2 itu dah biasa ke rumahku. Selama ini, makan dan minum di rumahku sementara menunggu kelas waktu petang...


Aku pasti akan merindui dan selalu mengenang moment2 indah itu. Betapa pantasnya masa berlalu....mungkin bila kami berjumpa lagi kelak, ada yang sudah jadi doktor, jurutera, arkitek, imam......


Ah....lumrah kehidupan.....setiap pertemuan pasti di penghujungnya ada perpisahan....tiada yang abadi dalam hidup ini selain DIA....apapun terimakasih Allah atas segala kesempatan semanis ini yang pernah Engkau berikan kepadaku.... Rahmatilah anak2 kami, rahmatilah kami semua ya Illahi.... ameen.





6 comments:

  1. Salam kak Q! Anak saya wani pun 9 thn gak. And result akhir tahun dia agak merosot bila dua2 subjek bhs melayu dia dpt B. Naik angin gak. Dpt la no 6. Tp bila tengok markah dia sama ngan bdk no 2, cool la sikit saya. Kat sek anak, performance bergantung pd berapa byk A yg pelajar dapat. Now ni saya kena cari cara yg lbh effective mcm mana nak atasi kelemahan BM wani. Frust bila subject2 lain excell tp BM makin teruk. Bahasa Melayu mmg subjek yg susah!

    Apa2 pun tahniah sekali lg utk anak2 akak!! Semoga terus cemerlang dunia dan akhirat!!!

    ReplyDelete
  2. Salam ain...
    komen ain hilang tp akak jawab jugak..

    terimakasih...cukup2lah dgn ucapan tahniah tu heee...rasa mc satu bebanan pulak hehee...

    apa yg akak biasa lakukan pada anak2 ialah...
    biarkan dia pada penggal pertama, dr situ dapat tau mana kelemahan dia..kemudian baru kita bantu mana2 kelemahan dia tanpa tengking2, marah atau cubit mencubit....(oooops akak tak kata ain camtu hee)...pastu kekalkan bimbingan kita terhadapnya....minta kerjasama cikgu, kjasama anak supaya dia fokus dlm kelas dan tanya straight away pd cikgu mana2 tak faham....jgn pendam /simpan dalam hati tunggu esok....

    sambil tu kat rumah, sambil siapkan homework kalau ada kita wat revision...sambil makan sambil bercakap santai soal itu utk memantapkan ingatan dia.. bila nak exam jer just touch up sikit2..pastu bawak dia jalan2 enjoy kosongkan kepala...tngok apa hasilnya. first trial mungkin tak menjadi, cuba dgn sabar dari hati yg ikhlas....memkasa hasil dtg on the spot hanya akan kecewakan diri sendiri dan akhirnya anak2 jd mangsa...all the best to you.

    No tak penting ain..yg penting anak2 faham dan tau apa yg dia belajar...ramai budak2 kuar U tak menjadi sangat sahsiahnya...

    ReplyDelete
  3. memaksa bukan memkasa..sorry.

    ReplyDelete
  4. hahaa...lepas jawab baru komen ain kuar...

    ReplyDelete
  5. Setuju. Bagi ibubapa yang ada anak tidak ramai, mungkin kurang melihat perbezaan antara setiap anak. Tetapi saya sendiri ada anak ramai, sentiasa bersedia bahawa tidak semua anak itu sangat cemerlang..

    dan ada pula yang tidak sebegitu cemerlang, malah ada subjek yg gagal pun.

    Tetapi itulah cabaran bila harus berlaku adil kepada setiap sorang anak.

    Apatah lagi harus bersaing dgn anak2 orang lain pula.

    Jadi kenapa harus merasa malu dan menyerah sebelum tiba aras kejayaan sebenar?

    Anugerah hanya sebagai tanda dan kenangan, tetapi yg gagal bukan tanda lemah.

    Semoga terus berjuang. Yang positif itu harus datang dari kita terlebih dahulu...

    ReplyDelete
  6. Azie...kita jadilah sahabat paling baik, paling akrab, paling sporting, paling memahami, paling dipercayai oleh anak2....

    wlp ada ketikanya (mesti ada punya!) pertanyaan yg dilontarkan diluar dugaan kita,belajar senyum waktu menerimanya. Dan pada setiap kesilapan, kesalahan atau kegagalan yg dilakukan anak, belajar ketawa menerimanya, dan katakan padanya : It's funny! haha....how come? so anak2 tak akan mengelak jauh2 dari kita...

    jadikan diri kita berserta jiwa kita bahu paling empok dan hangat utk dijadikan sandaran kasih...

    forget about straight A lah! dunia terlalu indah diluar sana, Allah tabur rezekiNya merata2....anak kita aset kita!

    Kalau anak2 jenis terang hati, terima dgn seribu syukur, jika sebaliknya jgn kita tambah gelap gellitakn mereka, beri mereka cahaya..

    ReplyDelete