Nov 10, 2010

MY17 - EMOSI INI - ATAS NAMA CINTA.

(sambil menunggu cupcake masak di dalam oven, mama menulis untuk menghilangkan sunyi di dinihari).

~ANAK-ANAKKU...BERUSAHALAH SEDAYA UPAYA MU DEMI MENCAPAI BINTANG DI LANGIT TINGGI, NAMUN JANGAN SESEKALI LUPA AKAN RUMPUT TEMPATMU BERPIJAK DI LANTAI BUMI  YANG SETIA MENANTI... ~ MAMA.

"DEDIKASI KHAS BUAT MY17 YANG AKAN MENDUDUKKI SPM TAK LAMA LAGI."

MY17....


My17...dah lama mama nak nyatakan apa yang ada di dalam hati, tapi masa sentiasa mencemburui.  Ada ketikanya bimbang pula jika disalah erti.  Mungkin hari ini satu ketentuan dan peluang untuk mama tiba jua akhirnya. Mama luahkan segalanya atas nama cinta seorang mama. Biarlah mama ketepikan segala kemungkinan yang bakal diterima. 


Bila-bila masa kalau my17 terbaca ini, segalanya adalah  lahir dari hati mama yang paling dalam, mungkin ianya tidak seindah bicara kerana mama belum jumpa semanis kata-kata untuk menyatakannya....


Hari itu, masa malam hadiri solat hajat di sekolah, mama dihampiri Puan Guru Besar, Datin R...Mama ditarik ke satu kumpulan yang akhirnya mama tahu mereka adalah sebahagian guru-guru sekolah yang hadir memberi sokongan termasuk guru Cina dan India, alangkah....


"Tahniah Puan....waah...17 sapu ketiga-tiga anugerah tempoh hari.."  ~ Puan GB memeluk bahu mama. Mama terpinga-pinga 17. Anugerah apa? Kenapa mama tak tau pun? Kenapa 17 tak beritahu mama pun?....


"Puan taktau ker? 17 tak bagi tau Puan?" - Puan GB pandang mama penuh tanda tanya.


"Er...." - mama betul-betul tak tau nak kata apa...

"Tempohari, kita ada buat satu majlis Anugerah...memang tak jemput parents, your17 sapu semua anugerah terbaik....dia betul-betul low profile ya, sampai mak dia pun tak tau apa-apa...." - Puan GB ketawa sambil gosok-gosok bahu mama.


MY17...LAHIR DI PAGI 1 RAMADHAN...


Mama tak ingat apa anugerah yang 17 dapat, cuma yg mama dengar ialah "sahsiah terbaik", dua lagi tu entah apa ntah kan 17? Patutlah hari itu mama nampak ada mug baru, stokin baru dan beberapa barang baru atas meja dengan jenama sekolah 17. Mama ingatkan 17 baru beli di koperasi sekolah, jadi tak adalah mama nak tanya-tanya...17 pun tak cakap apa-apa dengan mama.....


Mungkin bagi 17 perkara tu bukan luarbiasa lagi. Tak apa. Mama pun tak kecil hati. 


Mama masih teringat masa 17 dari tadika lagi....ingat lagi tak? Pun 17 sapu semua anugerah, sampai tak cukup tangan kita nak bawak balik semua hadiah. Masa tu Datuk dan Nenek ada lagi....Basah mata Datuk dan Nenek tengok hadiah-hadiah 17. Datuk dan Nenek peluk 17 lama-lama....tak berapa bulan  lepas tu Datuk pergi tinggalkan kita untuk selama-lamanya.

Masa 17 dalam Junior 1, sering teachers telefon mama bertanya,
"Puan, apa yang 15 dan 17 suka?". Mama ingatkan teacher tanya tentang makanan kegemaran anak-anak mama. Bila mama sebut makanan kesukaan 15 dan 17, teacher ketawakan mama....


"Maksud saya barang-barang...eg toy ker...kami dah buntu nak bagi anak-anak Puan apa...sebab every week mereka dua beradik yang sapu semua.....sampaikan setiapkali saya bawak present masuk dalam kelas, students lain akan cakap, "ah...sure that one goes to 17...". Begitu juga dalam kelas 15.....



"Puan, anak-anak Puan sukakan puzzle, so kami beli puzzle untuk hadiah kali ini...." - kata teacher sewaktu hantar 15 dan 17 pulang ke rumah. Lepas tu, ada banyak puzzle dalam collection 17 dan 15 kan? Semuanya hadiah dari teacher....


Mama terharu sangat 17. Mama tidak bangga. Jauh sekali nak menunjuk-nunjuk atau mendabik dada kepada sesiapa. Untuk apa? 


Bukan mama tak menghargai kebolehan anak-anak mama, tapi jauh di sudut hati ada suatu ketakutan yang tak mampu mama luahkan dengan kata-kata sampai bila-bila. Mama takut atas segala ujian yang diberi. Bagi mama, segala buruk atau baik tetap satu ujian dariNya. Jika hari ini begini, esok bagaimana pula? 


Mama takut 17, takut sekali. Sebab itu setiapkali anak-anak mama bawa pulang hadiah, mama sentiasa memanjatkan doa, "Wahai Allah, Engkau kekalkanlah... Engkau kekalkan lah...." Mama sentiasa berharap segala yang baik-baik dalam diri anak-anak mama berkekalan sampai akhir hayat kalian, amin.




Bila tiba Hari Penyampaian Hadiah pun nama 15 dan 17 yang disebut-sebut....pernah juga belum sempat turun dari stage, nama 17 dipanggil lagi dan lagi....terpaksa buat U-turn setiapkali hingga menggelikan hati kami yang datang menyaksi....


Ramai kawan-kawan mama bertanya apakah rahsia? Apa makanan yang disuap ke mulut anak-anak mama. Susu jenama apa? Kismis? Kurma? Mama cuma geleng kepala....


Mama tak ada apa-apa rahsia. Kalau pun ada, sudah tentu mama tak akan berahsia. Untuk apa? Mama pasti akan kongsi bersama. Kita bukannya orang kaya yang mampu makan makanan berjenama yang luarbiasa harganya dan namanya....kita makan yang biasa-biasa yang orang biasa makan. Malah ada juga ketikanya kita lebih 'kurang' dari mereka. Cuma kita tak pernah bercerita, orang luar tak perlu tahu apa masalah kita. 


Semua anak-anak mama dibesarkan dengan susu percuma, susu terbaik di dunia, khasiatnya tiada tara, Allah punya formula, boleh dihidangkan serta merta setiapkali anak-anak mama meminta......


Begitupun, mama akui...mungkin boleh dikatakan rahsia mungkin juga tiada apa-apa bagi setengahnya....Selama mama bergelar mama, hanya satu yang mama ada, untuk semua anak-anak mama iaitu CINTA. Cinta inilah yang kekal dalam menyatukan kita. Atas nama cinta inilah mama membesarkan anak-anak dengan segala daya. Cinta yang membuat mama menjadi lebih sabar, lebih waspada..... Yang lebih besar, yang lebih hebat sebagai suatu anugerah dari yang Maha Perkasa yang lain dari itu, rasanya tiada! Hanya CINTA.


Mama tak perlu menjerit. Mama tak perlu membebel. Mama tak perlu mendera jiwa semua. Sejak mama semai rasa cinta pada anak-anak seawal dalam kandungan hingga menjelang dewasa, rasanya belum jumpa laluan sukar untuk kita. Ya, mama akui, pernah ada badai melanda seketika...tapi Alhamdulillah, mujur mama cepat sedar...kalau tidak tentu anak-anak terus-terusan menjadi mangsa....nauzubillah. Segalanya kita kutip sebagai satu pengajaran berguna....


17....hari minggu yang lalu....17 hadiri Hari Graduasi di Hotel....
Mama tak ikut serta kerana tiada peruntukan untuk ibubapa....
Mama akui, pada hari itu, 17 memang sungguh tampan dengan tie dan blazer....tak nampak langsung macam my17 sebaliknya macam lelaki matang dan dewasa.....


Bila pulang, 17 cuma salam dan cium mama tanpa sepatah kata. Mama tak nampak pun 17 bawak apa-apa. Mama perasan 17 hanya pulang dengan tangan kosong. Takder apa-apa. Anehnya mama pun tak terlintas di fikiran untuk tanya apa-apa.


Esoknya...bila mama masuk dalam bilik 17, mama terlihat sebuah beg besar yang cantik berisi sesuatu....mama cuba tengok apa isi beg itu....rupanya ada Anugerah untuk "Putera Graduasi". My17 terpilih lagi....The Best among The Best...tertulis kata-kata diberi.


Perlahan-lahan menitis airmata mama di pipi....Mama tak kecil hati 17. Langsung tidak. Mama bersyukur 17 masih kekal dengan sikap merendah diri dan sering menyembunyi kan segala sikap terpuji. Hanya Allah saja yang Maha Mengetahui.


Saat ini 17....doa mama terus mengalir, bukan saja setenang air gunung yang tak putus-putus tanpa henti menuju ke kali...tapi juga bersama setiap titik peluh yang mengalir di dahi.... Selagi diberi kudrat, selagi dipinjamkan kuat, mama akan terus berusaha untuk cuba memberi yang terbaik untuk semua anak-anak mama. Allah, Kau perkenankan lah. Kau perkenankanlah....


SELAMAT MENEMPUH SPM DENGAN JAYANYA 17. DOA MAMA DAN AYAHANDA JUGA SERTA KAMI SEKELUARGA AKAN SELALU BERSAMA MU. MOGA BERJAYA DAN TERUS BERJAYA....AMEEN.


Kepada anak-anak mama yang lain...kalian semua terlalu istimewa di hatiku. Andainya mama pergi dulu, teruskanlah segala sikap terpuji yang ada dalam diri kalian. Jaga anugerah berharga dari Illahi ini. Jangan sesekali dipersiakan.


Salam buat semua anak-anak mama tercinta. Wassalam.


Mama yang akan sentiasa menyayangimu anak-anakku,
Q.

16 comments:

  1. Salam Q...

    kakcik tumpang sebak membaca curahan hati seorang mama ini....

    Semoga your17 akan terus menenmpa kejayaan demi kejayaan untuk dunia dan akhirat juga. Begitu juga dengan adik-beradiknya yang lain. InsyaAllah. :)

    ReplyDelete
  2. Salam kakcik....

    heheee...sekadar catatan biasa untuk melawan kesepian malam....

    kakcik, terimakasih atas doa kudusmu itu, ku pohonkan kepada Yang Memilikki Segala Zat agar melimpahkan yang berkali ganda kepada si pengirimnya, insyaAllah, ameen.

    ReplyDelete
  3. Salam kak Q, my feeling is extremely touched by this entry, semoga kejayaan ank2 akak kekal hingga ke sana, sejuk perut akak mengandungkan mereka yer kak..ida

    ReplyDelete
  4. Salam Ida..

    hehee..hey....janganlah sampai feeling2 sayang..
    mereka tu manusia biasa jer ida...tetap ada salah dan silapnya...akak takut nak fikirkan apa akan jadi esok hari, moga doa2 tulus Ida akan menambah kebaikan yg sedia ada dan segala kebaikan untuk Ida & family juga ya, ameen..Q

    ReplyDelete
  5. Ya Allah, Ya Rahman.....berkatilah kami semua dan berkatilah juga anak-anak kami....
    Envy betullah saya dgn Kak Q ni, mudah-mudahan semua itu berkekalan hendaknya....Amin Ya Rabbal Alamin...One77

    ReplyDelete
  6. Wahai Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui....Kau makbulkanlah doa2 adikku ini One77, amin amin ya Rabbal alamin.

    One77, anak2 kita ni, biar berapa pun usia mereka, mereka tetap seorang anak, yg perlukan bimbingan kita...betulkan? So jangan lah envy ya...tiada sebarang kelebihan atau kehebatan pada mereka, cuma Allah sedang menguji emaknya.....Q.

    ReplyDelete
  7. QUEENIE > Terlalu panjang curahan U pun, tidak akan sama dgn selautan kasih sayang dan rasa cinta U terhadap anak-anak U. I tahu...

    Kita ni ibu.. Semoga anak-anak U (dan kita semua) terus cemerlang wpun bukan diukur dari hadiah dan anugerah, tetapi membanggakan kita. Setidak2 menjadi anak yg baik...

    *Nak kongsi satu kisah yg sampai sekarang I tak lupa, sampai bila. I pun citerkan pada anak2 I.
    *
    *
    Sorang kawan sepejabat (12,13 tahun dulu) ada sorang anak pompuan. Satu-satunya selepas 18 tahun baru dapat sorang lagi lelaki.
    Anak perempuan dapat belajar kat Uni... tak jauh pun area KL juga. Tapi kawan I ni dan hubby dia jarang pi tengok anak dara dia kerana terlalu yakin dan bangga dgn anak sendiri.
    Setahun berlalu, anak itu hanya dilihat jika anak itu pulang ke rumah (di Sg Buluh).
    Selepas setahun, anak itu tidak lagi pulang..

    Setelah dijengah, kawan2 beritahu anak perempuannya tidak lagi belajar di situ.

    Kerana sudah mengikut seorang lelaki (suami orang).
    Dan telah berkahwin pun di sempadan.

    Suami orang itu sudah ada anak 7 orang..

    Terkedu menyesal pun tidak berguna.

    Kini, anaknya tidak lagi belajar, tidak juga bekerja. Sudah beranak 4, tetap juga bermadu.

    ***I sehingga hari ini cukup takut ianya terjadi pada diri I sendiri. Walaupun susah, I tiap bulan naik bas turun bas pegi tengok anak I kat Taiping masa di duk MRSM dulu...

    Sekadar berkongsi pengalaman...

    ReplyDelete
  8. Salam azie...
    terimakasih atas perkongsian yg sungguh bermakna, moga boleh jd pengajaran kpd semua yg membacanya termasuk I ni.

    I pun pernah temui situasi sebegitu. Akibatnya memburukkan diri I sendiri pulak, I jd takut nak lepaskan anak jauh dr mata sedangkan mereka anak lelaki. Bg I, umur 12 thn masuk 13 thn (tgkt 1) adalah usia yg sedang mahu mencuba segala2nya..dan I tetiba jd tamak. I mahu anak2 I dlm usia itu selalu dekat dgn I, belajar ttg hidup dari I, bukan dr kawan2 or org luar yg I tak tahu apa niat dan bagaimana bckgroundnya..sikap ni tidaklah sehat sebenarnya...tp masih ada kebaikannya dr sudut yg lain....

    I ada pendapat dan pandangan sendiri dlm soal ini tp sure ramai yg mencebik dan ketawa kerana kita tidak berdiri dalam kasut yg sama...

    Terlalu bangga dgn kelebihan yg ada pada anak sendiri hingga mengabaikannya semata-mata merasakan sang anak sudah besar dan taulah dia menguruskan diri sendiri adalah umpama menyuntik racun ke dlm salur nadi anak dan diri sendiri...

    Azie, spt dlm surah al-Anfaal ayat 8 ada menyebut, sesunguhnya hartamu dan anak2 hanyalah cubaan bgmu, dan di sisi Allah lah pahala yg besar.

    Anak2 itu bukan saja sebagai penyejuk hati dan penawar jiwa bahkan boleh menjadikan kedua ibubapanya bersikap bakhil dan bodoh...
    bodoh termasuk berbangga-bangga dan bermegah2 dgn kejayan duniawi anak2...juga bila merasa iri yg tidak berfaedah bila melihat anak2 org lain berjaya...

    Sudah pasti kita semua tidak ingin mencampakkan diri kita dlm semua situasi tak berguna itu kan?....

    Spt U, I pun lebih takut dgn ujian demi ujian drNya. apa yg I tulis dlm en3 di atas sama sekali tidak melambangkan kebanggaan seorang ibu wlp I akui I seorang yg lebih bodoh dibandingkan dgn bloggers lain dr segi pencapaian akademik...

    Ianya adalah en3 khusus utk my17...spt yg U sebut di para pertama, ianya tak cukup...

    17 hanyalah budak hingusan yg masih jauh lagi perjalanan hidupnya. Dia spt I yg dikatakan manusia akhir zaman umpama buih2 di lautan....

    I bangga dgn kesanggupan u berkorban demi anak2...I percaya di luar sana ramai lagi ibu2 spt kita, menafikan keinginan diri sendiri demi memenuhi dan mencukupi keperluan anak2 sedaya mungkin. Moga Allah terus meminjamkan sedikit dari rahmatNya ke dalam diri kita. Kita tidak punya apa2, Dialah yg telah mengatur segalanya...

    I kurang faham kenapa kwn U abaikan anak sendiri sedangkan dia bangga dan yakin dgn anaknya itu?....something wrong upstairs, maybe..pls excuse my words...adakah bangga dan yakin itu suatu pembebasan tgjawab bgnya? - a bit confuse lah Azie, but it's ok, none of my business though. hehee...

    Dgn Allah sebagai saksi, Azie...bukan niat berbangga dgn apa yg Allah beri pada hari ini, tak der apapun sebenarnya...taik hidung masin pun lebih besar dari itu, ia hanya luahan ketakutan (taqwa - kalau tidak keterlaluan) terhadap apa yg akan jadi pada esok hari...luahrasa seorang ibu yg tak berupaya, La haula walla quwwata illa billa hil 'aliyyul aziim....tk mengapalah kalau ada org samada sengaja atau tidak menyalah anggap tulisan I di atas secara -ve, I dgn hati terbuka, memaafkan mereka.

    En3 itu tak lebih dr laluan jiwa sutera I terhadap my17. Itu saja. Takder maksud dan niat lain. InsyaAllah I takkan malukan diri sendiri dgn benda2 remeh di tempat terbuka ini di mana berjuta lagi anak org lain yg lebih hebat dr apa yg my17 pernah ada, pernah jumpa.

    Azie..terima kasih sekali lagi...as if you ni berus kawat yg menyental segala karat dilantai kotak fikir I hehee...singgah lagi!

    Hadiah dan anugerah bukan segala2nya....
    setiap ibu harus bersyukur punya anak seadanya....apa pun result SPM nya kelak, dia ttp anak I yang sama.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. ....sambung....

    berjuta lagi anak2 yg lebih hebat di luar sana dr apa yg pernah anak2 I temui...

    I cuma inginkan my17 mendapat suntikan motivasi dr emaknya sendiri yg sgt mengambil berat terhadap dirinya spt yg dilakukan oleh emak2 yg lain di luar sana...biar bagaimana pun dia, dia maih ttp seorg anak yg perlukan I...

    En3 di atas istimewa utk dia, tidak utk membuktikan atau menunjukkan apa2...I tak boleh menipu sejarah....

    singgah lagi Azie, u mcm berus kawat yg menyental kotak fikir I hahaa...thanks a lot! take care. Oh ya, bangga u sangggup berkorban demi anak2 tercinta...

    ReplyDelete
  11. hahaha..Azie....

    mula2 ada prblm dgn reply yg pertama, so i type lain, tetiba keluar semua..you baca jer lar semua...bertindih tindan hahaa....malas nak delete.

    ReplyDelete
  12. amik ko jawapan berjela-jela...hehee...

    ReplyDelete
  13. salam kak Q...miss u so muchh!!! Suka bc n3 akak ni. Bangga dgn kasih syg akak pd anak2. Mesti akak seorang yg sangat sabar dlm mendidik anak2. hopefully pas bc n3 akak ni, saya pun akan jd seorang ibu yg penyabar dlm mendidik anak2. Tahniah utk ur17 sebab membesar jd anak yg berjaya dr segi akademik dan sahsiah. Saya doakan semoga Allah mempermudahkan segalanya pd SPM nanti. Muahhh!!

    ReplyDelete
  14. Salam ain...

    Hey....miss u too...pekabar?
    Ain jgn ckp mcm tu....dibandingkan dgn anak2 ain, 17 tu nothing! terimakasih atas doamu ain, moga kita semua, anak2 kita dipermudahkan dlm menjalani hidup sehari2, amin.

    ain, sabar itu tidak terbina dlm masa sehari, seminggu, sebulan atau setahun, ianya perlukan istiqamah dr setiap pengamalnya, insyaAllah akan berjaya...

    eh, dh azan maghrib pun, nanti sembang lg ya.

    ReplyDelete
  15. salam kak...saya sihat2 je. Hopefully akak pun sama. Anak saya ngan anak akak, sama je. Masing2 ada kelebihan dan kekurangan. Dua anak saya dah dok asrama, so byk benda yg tak dapat saya pantau. Mereka mdh terdedah kpd perkara2 yg negatif yg selama ini cuba saya elakkan. Apa yg selalu sy nasihatkan, bergaullah ngan kawan2 yg baik sahsiahnya.

    Sedih saya masa akak tutup ruang komen dulu, ada gak tanya ngan blogger lain, klu2 they all ada email akak. Saya siap ckp ngan hubby, my fav kakak dah tutup ruang bicara. Suka bc coretan2 akak. Byk nasihat dan pengajaran utk dikongsi. Akak jgn tutup ruang komen lg ye.

    ReplyDelete
  16. Salam ain....

    Alhamdulillah semuanya sehat2 ya.
    alahai ain, kalau nak cerita pasal anak2 sampai kiamat pun takkan habis2, betul tak? hehe....apa pun ain, baik macamana pun anak2, kita sebagai emak tak boleh lepaskan 100% kebebasan pada mereka...mesti ada yes and no pd masa2 tertentu.

    Bagi akak, anak2 akak baik depan mata kita, belakang kita, kita taktau kan. Bukan nak bersangka buruk kat anak sendiri, tapi kena sentiasa waspada....nak bina benda baik bukan senang ain, tp kalau nak jadi sebaliknya hanya dgn sekali pling! jer... ngeri ek?

    Kita sama2 brdoa moga semua anak2 kita, anak2 rakan bloggers kita seluruhnya berada dalam rahmat Allah, ya ain, ameen.

    Ahemm...betul ker sedih? ala cian adik akak nih. Jgn taktau, akak ni kuat meraban jer sebenarnya, dulu masa kecik2 kat kampung puas ikut org marhaban agaknya....ko tau lah org Johor...tak abes2 ngan marhabannya...hehe

    ReplyDelete