My12 dan aku selesai interview hampir jam 11am. Ada ramai lagi ibubapa menunggu so kenalah bersabar menunggu giliran. Ada ramai kenalan di situ, jadi kami tidaklah merasa bosan menunggu...
Aku nampak ayahanda rancak bersembang dengan chairman (CM) kelab kelas. Ayahanda sebenarnya seorang pendiam dan lebih suka banyak mendengar...tapi once dia bukak mulut beri pendapat, boleh membuatkan chairman menggunakan kuasa veto dia, maknanya chairman akan selalu bersetuju dengan pandangan ayahanda dan yang lain2 akan mengikut saja.
Contohnya tadi, CM beritau, baki duit kelab kelas masih ada banyak, sedangkan tahun depan anak2 kami mula bertukar sekolah untuk ke peringkat menengah pulak, so dia bercadang ingin menyewa satu tempat yang exclusive dengan tujuan mengadakan satu acara/family gathering istimewa yang akan dikenang sepanjang hayat sesama kami...
Ayahanda berpendapat, lebih baik diadakan di sekolah saja since tahun ini tahun terakhir bagi anak2 kami yg berkenaan......lebih2 lagi sekolah kami agak lengkap dengan segala kemudahan... biarlah anak2 menghabiskan segala kenangan di situ, bersama guru2 dan segala yg ada di sekolah semenjak mereka dari tahun 1 lagi. Banyak kenangan di situ. Itu lebih baik dari membazirkan duit dengan menyewa tempat lain.
Chairman terus bersetuju. "kalau macam ni I akan gunakan kuasa veto I !" kata dia sebab ada beberapa parents yang ingin menyewa tempat lain. Peruntukan utk menyewa akan digunakan untuk jamuan istimewa esp kambing panggang dll.....
Balik dari sekolah, aku terus bawak anak2 (my9 pun ikut) pi cari jubah.Terkejutnya aku jubah budak sekecik dia pun berharga rm69! My12 pun nak jubah jugak. Utk size dia rm79....tapi poket aku selamat bila my25 settlekan bill hehee...thank you sayang.
My25 paksa aku amik satu jubah, memang cantik...fesyen terbaru, ramai artis dan mak2 datin pakai - kata anak aku membuatkan aku nak tergelak, tapi bila aku tengok harga dia rm400, aku letak balik. Tak tergamak aku nak pakai. Aku takkan sesekali ketuk duit anak aku wlp dia mampu. Aku cukup dengan baju murah, tudung murah, kasut murah, handbag murah. Yang penting harga diri aku mesti mahal (iyo iyo orr).
Kalaupun aku ada beberapa helai jubah dan baju yg berharga sikit, itu bukan aku yang beli sebaliknya aku terima dari beberapa orang kawan yang pulang dari luar negeri. Kalau aku beli sendiri, jawabnya....apa nak malu pakai baju murah sedangkan kat luar sana ada ramai lagi orang tak cukup duit nak isi perut. Bila mati nanti pun bawak kain putih tak berjahit jer.
Oh ya, tadi sementara menunggu giliran diinterview, aku round sorang2 kat kantin sekolah tu. Aku try bihun dia. Sorry to say, aku tak boleh telan sebab bihun dia keras dan kering. Macam nak terluka tekak aku. Aku frust sangat sebab kalau dibiarkan, makanan macam nilah yg akan dihidangkan kepada anak2 kami kelak
Masa interview, orang tu tanyalah aku, ada apa2 nak cakap atau beri pandangan. Aku sebut pasal kantin dan makanannya dan ya.....tak sangka isu ini betul2 menarik perhatiannya. Ada beberapa perkataan aku yg menyentap hatinya. Perbincangan kami menjadi begitu panjang dan interesting bila dia akhirnya meminta aku terlibat dalam persoalan ini sebab inilah yang dicari2 selama ini, maknanya....automatically anak aku diterima melanjutkan pengajian di situ! Maknanya aku kena kerja lebih keras lagi sebab peruntukan sebulan utk seorang anak di situ ialah rm500++....habis, anak2 aku yg lain lagi hehee....
Aku memang terpaksa strict bila bab makan dikantin sekolah anak. Aku faham ttg ni sebab aku sendiri berurusan dengan pemakanan. Dan please jangan kelentong aku bab untung dan rugi. Aku pernah secara terpaksa menyelar'seseorang' yg bertanggungjawab ttg makan minum anak2 kami di dlm email sekolah bila berbicara pasal untung dan rugi, dan feedback yg diterima memang panas dan memberangsangkan bahawa selama ini ramai yang bagai tertutup mata. Aku terpaksa bertegas bukan saja sebab kami hantar anak2 di private school dan harus menjadi begitu demanding, tapi sebarang unsur kelentong adalah tidak Islamic. Dalam bisnes, keuntungan bukan segala2nya sebaliknya kerberkatan itulah yg lebih utama. Itu aku.
Kalau aku ke sekolah anak, aku tau makcik2 kantin gelisah. Aku sebenarnya tak berbunyi bila aku masuk ke kantin. Aku cuma perhati apa terjual di situ dan...kalau ada yang tak kena, aku tak tegur kat makcik2 tu, tak guna. Seminggu jer berkesan, pastu buat balik. Apa yang aku lakukan ialah terus jumpa GB atau Penolong Kanan. Orang inilah yang aku kerjakan. Setiapkali ada parents call dan komplen kat aku, aku akan pi tengok sendiri dan straight away ke ofis. Sekarang dah lama takder jual jajan2 sampah kat sekolah anak. Tak kasi chance punya.
Hubungan aku dengan GB dan guru2 (tidak semua - hanya yg terlibat mengajar anak2 aku jer) adalah kamceng dan kami menghormati antara satu sama lain. We love each other. Kalau berkaitan sekolah kami serious habis tapi luar dari itu kami kawan huha huha....boleh bertepuk tampar. Kadang mereka marah aku kadang aku marah mereka, takder amik2 hati.....
Itulah kelebihan sekolah swasta. Aku faham tak semua dari kita boleh menjalin hubungan yang smooth dengan guru-guru.. ramai dari kita dan guru-guru terlalu ego dengan kelebihan masing-masing dan sukar menerima idea serta pendapat orang lain. Akibatnya ada yg membalas dendam dengan cara tersendiri dan kalau anak2 menjadi mangsa pertembungan dua egois ini, maka memang menyedihkanlah.
Eh, cukup dulu lah. Aku nak bakar roti arab 200 pcs untuk satu program motivasi remaja esok. Sambil bakar roti sambil lipat kain hehee....Mudah2an apa yang mereka makan dari air tangan aku akan membuahkan benih yang baik dalam diri anak remaja itu dan menjadi manusia berguna di masa depan, insyaAllah, ameen. Aku sediakan bfast dan lunch utk mereka....
Jumpa lagi ya. Jaga diri jaga makan. Aku arini kena marah lagi dengan abang pasal perut dia dah macam perempuan mengandung 5 bulan! hahaa... Makan malam tadi dia tambah 3 pinggan! Pastu marah2 aku... Kakak ipar aku pun dah bising...
Bila abang aku duduk nak buat exercise konon tadi, aku tergolek ketawa, membulat jer dia, sebiji dah rupa tenggiling bergulung haha...
Anak aku cakap : "Uncle jalan2 lar....nabi lepas makan tak terus duduk, at least jalan2 40 langkah..". "Tau....ini emak engkau punya pasallah selalu buat uncle susah..." - macam tu jawab dia?
Bila dia balik Penang, dia suruh kak ipar aku masak macam yg aku masak...nanti balik KL dia komplen...tak pernah jadi hehee....
marah-marah pun dia tetap nakkan masakan aku, cian dia!.














Private school memang kena jaga banyak perkara sebab nak bagi berbaloi dengan duit yang keluar.
ReplyDeleteMalang sungguh jika kualitinya lebih teruk dari sekolah kerajaan...
Malah ada sekolah kerajaan yang sangat bersih cekap dan dipuji dalam banyak perkara esp. kantin dan penyediaan makanan.
Hal-hal remeh dan kecil tu adatlah.. mana mana pun ada.
Salam azie...
ReplyDeleteyes....I setuju 100%! bahkan sekarang sesiapa pun kena sangat berhati2 dlm memilih private school termasuklah sekolah2 yg menjanjikan ilmu agama kononnya, termasuk sekolah tahfiz....kena siasat siapa latar belakang peneraju sekolah itu... kalau tak serupa buang duit dalam longkang jer, I bercakap atas pengalaman sendiri bukan dengar cerita orang.
Memang betul cakap you, ada sekolah kerajaan yg sgt efisien serbaserbi, tp biasanya keadaan begini tertumpu di sekolah2 di area2 tertentu di mana ramai pelajarnya terdiri dari anak2 VIP dan org2 berada (pun pengalaman sendiri) - sebab dpt bantuan dana dan komitmen secukupnya dari ibubapa...
Sesetengah sekolah (swasta & kerajaan)memang terabai dari segi kebersihan dan kantin, tak boleh salahkan sekolah sepenuhnya pun tak boleh salahkan parents sepenuhnya...kena faham situasi semasa...
apa yg saya tulis diatas tidak bermaksud utk membuktikan atau menunjukkan sesuatu.
Seperti rumah kita, takder sekolah yg sempurna segala2nya. ada parents yg terlalu meminta, kepada mereka selalu I kata : buatlah sekolah sendiri....
Lucunya, memang ada Azie! Seorang ibu yg berduit sanggup berusaha bina sekolah sendiri demi memenuhi kehendak dan impiannya! Tp begitulah, baru masuk 5 bulan, pelbagai masalah timbul, mula pening dan serabut dan akhirnya sekolah ditutup tak sampai beroperasi selama 8 bulan, bayangkan nak pulangkan duit pendahuluan parents...
nasib baik I tak masukkan anak2 kat sekolah tu walau dipujuk dan cuma dikenakan yuran setengah!
Apapun bagi I, yg penting adalah sikap setiap individu, terimakasih atas komen bernas you, hidup Azie! - Q.
Eh tak sangka juga isu ini menjadi bahan seronok utk kita bincangkan bersama, (posisi kita sebagai parents).
ReplyDeleteAnak I semuanya sekolah kerajaan tapi ada beza. Macam U kata, sekolah kerajaan yang bagus ada di area tertentu. Benar. Contoh, 2 orang anak I sekolah di Sek Men Aminuddin Baki. Sekolah yg rata2 ramai parents adalah Dato', Tan Sri. Memang banyak kena bayar, malah lebih dari sekolah lain pernah minta.
Situasi ini terjadi kerana dana lebih yg diperolehi dari parents tadi lah. (kecuali I, sbb bukan Datin..hehehe)
Yang best, bila prasarana bagus dan berkualiti, environment belajar pun sangat bagus, I leh nampak bezanya. Demand pun tinggi dari pihak sekolah. Graf pun jauh lebih tinggi dari sekolah lain.
Betul, kerjasama parents (PIBG) dan pihak sekolah sangat perlu erat. Bukan rebut kuasa nak tunjuk pandai...
Begitu lah adat dunia Azie...
ReplyDeleteada rupa ada harga baru ada rasa...
Allah mencipta kita sama jer, yg membezakan sesama kita hanyalah taqwa. Sayangnya taqwa dlm pandangan kita biasanya terletak dlm bentuk lain..hingga tercipta kasta sesama kita, ada tuan ada hamba ada brahmin dan ada parya...
biru utk lelaki pink utk perempuan...dan mcm2 lagi lah....
Saya sejujurnya tidak cerewet atau terlalu berkira sangat atas dasar saya pun tidaklah betul mana pun. Tapi kalau sesuatu yg tak seharusnya berlaku tetap dilakukan berkali2 dgn sengaja, maka tindakan terpaksa di ambil juga, demi kebaikan bersama bukan semata2 kerana soal ringgit yg dilabur...
Contohnya dlm satu kejadian, seorang cleaner... mop yg digunakan utk mengelap lantai, digunakan pula utk mengelap meja...
berpeluh dahi saya....itu yg selalu saya tekankan ttg sikap....bukan utk saling menuding jari...apa pun terimakasih sekali lagi dgn perkongsian bermakna dari anda, saya amat hargai, dan memang ada kebenarannya. Saya perlukan teman berfikir sebegini...terimakasih sekali lagi- Q.