MAAF KEPADA PEMBACA YANG LAIN - BUKAN SIMPATI DIMINTA....
Terimakasih kembali buat Saudara Mazidul Akmal Sidik....
di sini
Terimakasih kembali buat Saudara Mazidul Akmal Sidik....
di sini
Terimakasih kerana sentiasa berusaha untuk memaparkan berita dan cerita terkini dengan penuh kejujuran dan keberanian termasuklah kisah yang membuatkan airmata saya kembali tumpah tanpa henti....
Kalau pun bukan kerana berita ini, saya memang akan selalu menangis setiapkali teringatkan arwah Aaliyah...terasa pedih sakit perit yang dialaminya dalam usia baru 3 tahun....terasa bisa menjalar di segenap urat saraf saya. Setiapkali saya terpandangkan anak perempuan orang lain sebayanya saya terkadang macam lupa diri lalu memeluk erat2....menumpang kenangan yang tertinggal...
Sewaktu rancangan 999 menunjukkan pakaian Elli yang saya belikan tergantung di almarinya...pakaian Aaliyah yang sudah siap di pack dalam bag baju yg sepatutnya akan diserahkan kepada seorang lagi kawan saya, kami bergilir menjaga Aaliyah sebelum ini....susu yang sudah bertukar tairu di dalam botol....kertas hasil lukisan tangannya...apakah yg saya rasa saat itu? hancurrr....hancurrr seluruhnya....semua...jiwa dan jasad bagai meletup berkecai berkeping2....dan sewaktu menaip ini amat sukar bagi saya kerana airmata lebih laju dari petikan2 jejari di keyboard.
Saya bukan mengharapkan simpati, jauh sekali ingin menarik perhatian sesiapa...cuma kalau boleh kepada masyarakat di luar sana, hentikanlah sikap suka menuduh dan menghukum tanpa melihat perkara sebenar dengan lebih jelas. Kita mungkin bernasib baik kerana tidak melalui kehidupan sepedih Elli...
Saya tiada sebarang pertalian darah atau hubungan persaudaraan dengan Elli. Saya hanya dikenalkan oleh seseorang kepadanya. Walaupun hati agak celaru pada mulanya, tapi pertama kali bertemu, rasa keibuan melembutkan jiwa ini...taktau kenapa dan buat pertamakali memegang Aaliyah yg baru berusia dua minggu tika itu, dia subhanAllah telah menegur saya! alangkah...
Suara teguran dengan senyum mongel terkulum itu terkadang membuatkan saya terjaga di tengah malam dan tidak dapat tidur hingga ke pagi...amat menyiksakan....tapi saya pernah bermimpi, Aaliyah berada dalam pelukan saya dan menyusu air susu saya (wlp saya sudah lama tidak menyusukan anak, anak bongsu saya sudah berusia 9 tahun). Dalam mimpi itu, air susu saya melambak2 banyaknya hingga Aaliyah terlena kekenyangan....
Saya tidak punya anak perempuan dan pengalaman ini sungguh memedihkan dan akan terbawa hingga ke hujung nyawa....
Saya tiada sebarang pertalian darah atau hubungan persaudaraan dengan Elli. Saya hanya dikenalkan oleh seseorang kepadanya. Walaupun hati agak celaru pada mulanya, tapi pertama kali bertemu, rasa keibuan melembutkan jiwa ini...taktau kenapa dan buat pertamakali memegang Aaliyah yg baru berusia dua minggu tika itu, dia subhanAllah telah menegur saya! alangkah...
Suara teguran dengan senyum mongel terkulum itu terkadang membuatkan saya terjaga di tengah malam dan tidak dapat tidur hingga ke pagi...amat menyiksakan....tapi saya pernah bermimpi, Aaliyah berada dalam pelukan saya dan menyusu air susu saya (wlp saya sudah lama tidak menyusukan anak, anak bongsu saya sudah berusia 9 tahun). Dalam mimpi itu, air susu saya melambak2 banyaknya hingga Aaliyah terlena kekenyangan....
Saya tidak punya anak perempuan dan pengalaman ini sungguh memedihkan dan akan terbawa hingga ke hujung nyawa....
Kalau nak dikatakan siapakah penyumbang terbesar dosa ini, saya tahu tapi cukuplah. Demi Allah yang punya pembalasanNya tersendiri, saya tidak akan membuka aib sesiapa. Nauzubillah. Amal saya pun tidak seberapa di dunia ini...
Kita sepatutnya kembali merenung diri sendiri. Apakah sumbangan kalau pun tidak pertolongan yang mampu kita sumbangkan selain dari mencemuh. Elli dan lelaki kulit hitam itu telah melakukan dosa dan kalau dia terlepas di dunia, selagi dia tidak bertaubat nasuha dan kembali kepangkal jalan, pasti Allah telah menyediakan apa yang selayaknya untuk dia. Biar Allah lakukan tugasanNya dan kita lakukan apa yang selayaknya untuk kita. Persoalannya, apakah kerja yang diamanahkan dan diperintahkan untuk kita sendiri sudah beres?
Sekali lagi terimakasih dan syabas kepada saudara Mazidul. Semoga Allah pelihara semua anak2 dan keturunan kita sehingga hari kiamat ya, agar tidak melalui kehidupan yang tidak diingini seperti yang pernah Allah tunjukkan kepada kita pada hari ini.
Semuanya itu cermin alam untuk kita. Ambillah iktibar darinya. Kadangkala Allah turunkan ilmu kepada manusia menerusi kehidupan haiwan, adakalanya menerusi penderitaan manusia lain. Semuanya ada hikmah yang hanya Allah Maha Mengetahui...Sekian, maaf andai ada yang tersinggung, jzkk...
Q.


Sebenarnya saya cuba memahami isi cerita Kak Q ini, dan cuba melihat sejauh mata hubungan rapat AKAK dengan insan-insan yang disebut dalam entri ini.. Masih kabur.
ReplyDeleteTapi tidak mengapa, kerana menginsafi sebuah kematian kerana perbuatan orang dewasa lebih penting dibuat renungan.
Siapalah kita untuk memberikan hukuman kepada orang lain..
Dia Maha Mengetahui lagi Maha Adil dan Saksama...
Salam Azie...
ReplyDeleteIni adalh blog kedua akak selepas yg pertama dulu akak khatamkan dah...ada cerita lengkap ttg kisah ini...
siapa yg pernah mengikutinya dulu tentu tahu...
akak takder sebarang hubungan istimewa dgn ke dua2 pelaku. Dulu selalu akak bertanya pd diri sendiri, kenapa Allah datangkan semuanya ini kpd ku? Hanya DIA yg Maha Tahu....
Wlp sekejap, wlp pedih, akak percya Aaliyah menunggu akak di SANA sebab masa dalam mimpi dia minum susu akak sekenyang2nya hingga puas dan terlena...naluri akak merasakan begitu. Aaliyah tidak menyalahkan akak wlp sampai sekarang akak masih rasa bersalah kerana melepaskannya kpd ibu kandungnya...
ah, terlalu pahit terlalu sakit utk dikenang semula Azie....yg pasti Aaliyah sedang berbahagia di syurga sana,insyaAllah.
salam kak Q...terigt n3 akak yg lalu ttg si kecil Aaliyah. Semoga Aaliyah sentiasa berbhgia di SANA!
ReplyDeleteSalam kak Q, sy ada mbca entry akak terdahulu psl kisah ni,so sy ada sdikt gambaran,spt x pcya bila ksh ni panas d newspaper, rpnya akak mengenali insan2 ini..sejak dr itulah, sy sering ke sini utk mengenali sebuah kehidupan..ida
ReplyDeleteSalam ain...
ReplyDeletehehehe...ingat lagi eh?
ya lah...selalu kalau akak tengok baby mati dalam buangan, akak pujuk diri sendiri dgn berkata, "tempat engkau dah tentu disyurga, anak2 aku dan diri aku ni belum tentu lagi...."
tu pasallah kita jgn hard up dunia sgt.... dunia hanya sebagai laluan untuk ke SANA... hargai 'kebersamaan' dgn anak2 semaksimum mungkin sebab benda yg paling dekat dgn kita ialah kematian....esok lusa mungkin kita terpaksa pergi...tapi jgn sampai kita abaikan dunia terus sebab Allah jadikan manusia adalah untuk memakmurkan muka bumi.. bukan utk menjahanamkan dan berperang sesama kita, demikianlah tamsil ibaratnya....
Salam Ida...
ReplyDeleteahaa...Ida pun ada baca dulu eh....
tulah kebetulannya kan?
memang sedihlah...
itu hanya secebis dari berbillion kisah yg kita tak tau kerana ilmu Allah Maha Luas. Nampak tak betapa kerdilnya kita?