Nov 15, 2010

CERITA YANG TERTANGGUH...

Salam semua....

Selalu aku berharap dapat tidur puas bila hari cuti. Sayangnya mata aku ni....agaknya pasal dah tua veteran pun iya jugak kot. Kalau masuk tidur awal, mata ni akan terjaga awal, seawal 1.30am! Ada2 jer benda yg ganggu lena ku...kalau aku tidur lewat, pun terjaga awal jugak!



Tentu ada sesuatu yg Allah nak aku buat di tengah-tengah malam tu, kan? Ya, aku tau tu...macam pagi tadi, mata ni terus terbukak tepat jam 4.30am, walhal aku masuk tidur lewat....

Lepas buat apa yang wajar, aku duduk termenung jap....best menung-menung ni tau...tengok cicak main kejar-kejar chak ba ngan kekasih dia kat siling...aku nampak rahmat Allah di situ. 


Anehkan? cicak ni tak pandai terbang, takder sayap pun kecuali cicak kobin, tapi makanannya semuanya serangga yang bersayap, yang pandai terbang, seolah-olah datang menyerah diri kepadanya... bukankah itu yg dikatakan rezeki ketentuan dari Allah?
aku masukkan gambar ni dgn mensepetkan mata, geli arr...


(Hish! terperanjat aku tau...cicak tu macam tau2 jer aku tengah ngumpat dia, dia berbunyi sekuat2 tidak! hadoiii....sakit dada aku...jahat punya cicak, lastik ngan gundu baru tau...)


Ooops, dah Q, berenti membebel....


Ok lar, jam 5am tadi, aku masukkan tepung dan gangnya ke dalam mesin....sambil tunggu doh kembang kempis aku pun menyambil  basuh baju...kemas rumah....baca news... berenti jap bila azan Subuh....pastu sambung kerja lagi...jemur kain baju....


Alhamdulillah arini cuaca elok....hujan pun bila dah lewat petang, lepas semua kain baju aku kering...


Gitu gini....jam 7am....taa daaa....dah siap bfast untuk anak2 aku.... ala...aku bakar bun jer heehee...


aku buat dua jenis bun, satu berintikan manis...


hmm....seddapps nya...harum, lembut dan nyum nyum....gebu!


satu lagi berintikan kari daging....


hmm....try lar....seddapp nya mengalahkan bun yg kat kedai jenama mahal tu....aku tak tipu....dgn syarat ikut bahan-bahan sebenar...macam yg aku buat tu....

Resepi kat sini...

Peringatan : adunan ini akan kelihatan lembik sikit, ia memang begitu, jangan sekali-kali tambah tepung ke dalam doh. Kalau terpaksa, tepung hanya digunakan semasa proses membentuk bun saja. Aku  langsung tidak gunakan tepung lagi sebab walaupun doh ini lembik tapi ia tidak melekat di jari....yang penting sabar.


Inti daging boleh ditukar kepada sardine atau kari ayam atau sambal ikan bilis, terpulang pada selera masing2....


***********************************************

Aritu...tak ingat dah hari tu hari apa....ada orang (tetangga) aku juga, datang jual ikan....ikan air tawar....aku dah lah tak makan ikan air tawar, ala ikan patin tu....sungguh! aku tak pernah masak ikan patin, nak pegang pun aku takut....sebab aku tengok macam pelik sikit kulit dia tu....arwah emak aku pun tak pernah masak ikan ni sebab arwah ayah aku tak makan ikan air tawar...cerewet aku ni keturunan dari ayah aku tu lar....haiisyy...

gambar google...

Tapi....bila aku kenangkan jiran (rumah selang beberapa pintu) aku ni agak memerlukan duit (wife dia tengah sakit - breast cancer), aku tak sampai hati pulak nak tolak. Aku pun belilah dua ekor ikan yg dihulurnya dgn harga rm45. Bila aku beri duit tanpa  amik ikan tu, dia tak mau....so terpaksa lah aku amik jugak ikan tu.

Sebenarnya aku tak tengok pun ikan tu....aku mintak tolong my17 amik dan masukkan dalam freezer...

Tadi (ahad), aku tanya anak2 nak makan apa? My17 kata, "mama, uncle tu cakap...ikan patin tu kalau masak asam pedas dgn daun limau purut sedap tau ma...."

Huh? Masak asam pedas? Setau aku biasanya kalau dalam internet tu, aku tengok orang masak patin + tempoyak. Ah...apa pun tak kiralah masak apa, masalahnya siapa nak pi bersihkan ikan tu? aku dah mula berpeluh dahi...
tengok...melentik gaya ikan duyung....berpeluh aku.

Bila aku keluarkan ikan tu dari freezer, mak datok aii....besornya!
Berapa kali terlepas dari pegangan aku...jangan marah tau kalau aku cakap, aku tak sanggup nak pegang! Abeh tu, macam mana nak masak?

Hissy....ni tak boleh jadi nih. Aku keluar jumpa anak-anak konon nak bagitau, mama taknak masak ikan patin! Tapi bila aku tengok muka anak-anak aku yang tengah bersembang dengan inesennya....ala tak sampai hati pulak nak cakap. Aku patah balik masuk ke dapur....berpeluh-peluh aku....abang aku takder kat rumah pulak tu. Aritu dari JB dia terus belayar ke Penang...tak kalu, boleh jugak aku mintak tolong dia, kan?
hadoii....serik aku nak kerjakan mende ni....anak punya pasal.....

Gitu gini, nak taknak, menggigil-gigil aku kerjakan ikan tu...mula tu aku tengok perut dia bukan main buncit. Aku ingatkan ada telur ker baby dia ker....rupa-rupanya lemak sebesor-besor tidak, ceh! Terbelahak aku...bau dia...hadoiii.....dah lah gitu, habis terpercik kat baju aku, muka aku, rambut aku....
Lepas cuci bersih aku rendam patin tu dgn asam limau nipis + limau kasturi...aku biarkan lama jugak sambil berkira-kira nak masak ke taknak? Nak masak ke tak nak? Dalam air rendaman tu jer aku tengok dah berlinang minyak dia...adeh...

Lewat petang ~ nak tak nak, aku masaklah jugak....tapi aku tak berani nak rasa kuah dia. Memang aku tak lalu...sekarang ni aku masih rasa mual terbayangkan lemak dia yang tebal....
asam pedas ikan patin...

Anak-anak aku yg lain kata asam pedas tu seddapp kecuali my15....bukan taste dia. Nampak gayanya aku dah ada keturunan lah....

Selera aku terus tertutup tapi.....aku lapar....nasib baik ada tauhu lembut jadi penyelamat alas perut aku utk dinner....aku tak lalu nak makan nasi pun....

makan ni 5 kali seminggu pun aku boleh, aku ni hahahahantu tauhu hahaa....

Abang aku simamak jadian tu sampai ke rumah lepas maghrib.... dia pun enjoy makan....aku ntah dah berapa kali masuk bilik air... tewaslah aku dengan patin. Kepada anak-anak aku cakap... "Mama mintak maaf, lainkali jangan mintak mama masak ikan ni lagi lah ya....". 


Sepanjang malam ni aku rasa loya....sorry...
Ikan tadi aku masak separuh. 1/2 lagi dah siap cuci bersih aku masukkan dalam freezer semula. Ada seekor lagi....aku tengah berkira-kira nak kasi kat siapa....

Walaupun aku dah mandi banyak kali, namun.....bau dia macam masih melekat kat badan....macam mana ni...

Queenie nak tido dulu eh? Jumpa lagi esok, insyaAllah....jaga diri elok-elok semua....

Nov 14, 2010

TERIMAKASIH SAUDARA MAZIDUL...

MAAF KEPADA PEMBACA YANG LAIN - BUKAN SIMPATI DIMINTA....

Terimakasih kembali buat Saudara Mazidul Akmal Sidik.... 
di sini 


Terimakasih kerana sentiasa berusaha untuk memaparkan berita dan cerita terkini dengan penuh kejujuran dan keberanian termasuklah kisah yang membuatkan airmata saya kembali tumpah tanpa henti....
Kalau pun  bukan kerana berita ini, saya memang akan selalu menangis setiapkali teringatkan arwah Aaliyah...terasa pedih sakit perit yang dialaminya dalam usia baru 3 tahun....terasa bisa menjalar di segenap urat saraf saya. Setiapkali saya terpandangkan anak perempuan orang lain sebayanya saya terkadang macam lupa diri lalu memeluk erat2....menumpang kenangan yang tertinggal...

Sewaktu rancangan 999 menunjukkan pakaian Elli yang saya belikan tergantung di almarinya...pakaian Aaliyah yang sudah siap di pack dalam bag baju yg sepatutnya akan diserahkan kepada seorang lagi kawan saya, kami bergilir menjaga Aaliyah sebelum ini....susu yang sudah bertukar tairu di dalam botol....kertas hasil lukisan tangannya...apakah yg saya rasa saat itu? hancurrr....hancurrr seluruhnya....semua...jiwa dan jasad bagai meletup berkecai berkeping2....dan sewaktu menaip ini amat sukar bagi saya kerana airmata lebih laju dari petikan2 jejari di keyboard.

Saya bukan mengharapkan simpati, jauh sekali ingin menarik perhatian sesiapa...cuma kalau boleh kepada masyarakat di luar sana, hentikanlah sikap suka  menuduh dan menghukum tanpa melihat perkara sebenar dengan lebih jelas. Kita mungkin bernasib baik kerana tidak melalui kehidupan sepedih Elli...

Saya tiada sebarang pertalian darah atau hubungan persaudaraan dengan Elli. Saya hanya dikenalkan oleh seseorang kepadanya. Walaupun hati agak celaru pada mulanya, tapi pertama kali bertemu, rasa keibuan melembutkan jiwa ini...taktau kenapa dan buat pertamakali memegang Aaliyah yg baru berusia dua minggu tika itu, dia subhanAllah telah menegur saya! alangkah...


Suara teguran dengan senyum mongel terkulum itu terkadang membuatkan saya terjaga di tengah malam dan tidak dapat tidur hingga ke pagi...amat menyiksakan....tapi saya pernah bermimpi, Aaliyah berada dalam pelukan saya dan menyusu air susu saya (wlp saya sudah lama tidak menyusukan anak, anak bongsu saya sudah berusia 9 tahun). Dalam mimpi itu, air susu saya melambak2 banyaknya hingga Aaliyah terlena kekenyangan....


Saya tidak punya anak perempuan dan pengalaman ini sungguh memedihkan dan akan terbawa hingga ke hujung nyawa....

Kalau nak dikatakan siapakah penyumbang terbesar dosa ini, saya tahu tapi cukuplah. Demi Allah yang punya pembalasanNya tersendiri, saya tidak akan membuka aib sesiapa. Nauzubillah. Amal saya pun tidak seberapa di dunia ini...

Kita sepatutnya kembali merenung diri sendiri. Apakah sumbangan kalau pun tidak pertolongan yang mampu kita sumbangkan selain dari mencemuh. Elli dan lelaki kulit hitam itu telah melakukan dosa dan kalau dia terlepas di dunia, selagi dia tidak bertaubat nasuha dan kembali kepangkal jalan, pasti Allah telah menyediakan apa yang selayaknya untuk dia. Biar Allah lakukan tugasanNya dan kita lakukan apa yang selayaknya untuk kita. Persoalannya, apakah kerja yang diamanahkan dan diperintahkan untuk kita sendiri sudah beres?

Sekali lagi terimakasih dan syabas kepada saudara Mazidul. Semoga Allah pelihara semua anak2 dan keturunan kita sehingga hari kiamat ya, agar tidak melalui kehidupan yang tidak diingini seperti yang pernah Allah tunjukkan kepada kita pada hari ini.

Semuanya itu cermin alam untuk kita. Ambillah iktibar darinya. Kadangkala Allah turunkan ilmu kepada manusia menerusi kehidupan haiwan, adakalanya menerusi penderitaan manusia lain. Semuanya ada hikmah yang hanya Allah Maha Mengetahui...Sekian, maaf andai ada yang tersinggung, jzkk...

Q.




CERITA SEMALAM - SELAMAT BERPISAH ANAK-ANAK...

"Salam kak....esok akak gi majlis ker?" - suara di telefon.


"Terpaksa lar pi...siapa nak uruskan makan minum tu?'


Tiapkali ada acara2 begini, tugasku menyediakan makan minum untuk VIP. Lain dari itu, aku kena raikan detik2 bermakna dalam hidup anak2...letih dan penat tolak ke tepi. Dalam sesetengah perkara, hidup ini tidak boleh terlalu berkira. Tidak pernah tahu takat mana aku dapat bersama mereka, maka aku akan terus menghargai segala kesempatan yang di beri.


"Awak tak pi, Safura?"

"Tu lar....nak cakap ngan akak ni....Sarah tu sibuk sangat nak gi!"
- ucap Safura dalam telo Pantai Timurnya...

"Hmm....bawak jer lar....dia pun dapat anugerah kan?"

"Ni lah nak cakap ngan akak, kali ni result dia teruk! dia tak dpt apa2 pun tapi sibuk nak gi, wat malu jer!"


Terkejutnya aku bila diberitahu Safura. Sarah satu kelas dgn my9. Peperiksaan pertengahan tahun aritu dia dapat tempat ke dua, kali ni terus menjunam ke 18...tapi, apa masalahnya? Kalau tempat ke 20 sekalipun, anak2 ni hanya berbeza by point jer.... anak2 aku bukan tak pernah alami dapat angka banyak2 begitu, tak ada apa2 yang memalukan lah! Dalam menjawab peperiksaan pelbagai kemungkinan boleh terjadi....tak jadi hina pun...


"Safura, esok awak bawak Sarah pi....jumpa akak kul 9 lepas akak siapkan kerja."


"Hisyy...nak gi jugak ker, kak? Buat malu jer muka terhegeh-hegeh kat situ...."


"Esok jumpa akak, ok?"


Semalam, dalam kalut2 siapkan makanan untuk jamuan, hp aku tak henti2 bernyanyi....salah satu panggilan dari Safura....


"Kalau akak tak gi, siap! Saya malu...."


Jam 9, aku melilau cari Safura. Panggilan aku tak berjawab. Aku dah hampir berpatah balik untuk keluar dari dewan bila tiba2 bahuku ditepuk dari belakang.


"Ehh...lama baru sampai! Ingatkan saya nak balik dah..."

"La...kenalah siapkan kerja dulu.........."


Aku tercari2 tempat duduk kosong. Dewan yang besar hampir penuh. Seorang guru datang menghulurkan kerusi kepadaku dan Safura. Tapi suasana hingar bingar dalam dewan membuatkan kami tidak selesa untuk berbual, akhirnya kami keluar mencari angin damai....


"Apa yang memalukan kalau Sarah tak dapat anugerah?"


"Dia mana pernah 'jatuh' tiap2 tahun....kali ni teruk betul lah dia, kak Q....geram saya! Buat malu jer."


"Lagi-lagi malu....sepatutnya awak lebih kuat dari dia. Masa ni lah dia perlukan awak, sebaliknya awak macam buang dia, semata2 gagal dapat anugerah. Fikirkan perasaan anak. Awak tak sedih, tak terfikir, kenapa dia sanggup nak datang jugak tengok kawan2 dia terima anugerah? Mungkin dia cuba nak ubat sendiri kekecewaan dia, nak memotivatekan diri untuk lebih berhati2 di masa depan. Sedangkan awak, sibuk berleter dan tunjukkan sikap meminggirkan anak sendiri...dia cuma seorang kanak2 umur 9 tahun! janganlah kejam sangat jadi emak tu...

Dia tak pernah gagal sebelum ni. jatuh kali ni  tentu memberi satu pukulan dalam jiwa dia. Di mana awak di saat dia mengharapkan pelukan, ditenangkan, di beri semangat.....yang ada cuma marah dan leter....agaknya mana haluan fikiran nak ditujukannya? Berhenti lah dari jadi pemburu anugerah, itu bukan segala2nya. Apa yang penting ialah dia faham apa yang dia belajar. Buat silap perkara biasa. Bukannya dia menghafal semata2 nak kejarkan anugerah. 

Anugerah hari ni tidak menjanjikan sesuatu untuk dia di masa depan. Ramai manusia berjaya pada hari tua tanpa satu anugerah pun di zaman kanak-kanaknya...Cuba ubah sikit cara berfikir....janganlah terlalu tekan anak2...kita tak lama mana dengan mereka. Hargai masa yang ada dengan saling menggembirakan...."


Safura mengelap mata dengan tisu warna biru muda. 


Aku terpaksa memohon untuk ke tempat lain selepas ditunggu beberapa lama oleh sekumpulan ibu yang lain...kemudian oleh satu kumpulan lain lagi....masih tak selesai beberapa isu yang mesti ditangani sebelum 2010 berakhir.


Usai majlis, aku bergegas pulang untuk membakar kek yang akan diambil selepas Zuhur...letihnya badan bagai terpecah lapan...
bangun seawal 4am membuatkan aku hanyut depan TV selepas kek siap dibakar....


Menjelang petang bersiap pula untuk farewell party kelas my12...
Majlis meriah dengan pelbagai makanan terhidang disulami kesedihan bila kebanyakan dari kami harus berpisah jauh....anak2 itu dah biasa ke rumahku. Selama ini, makan dan minum di rumahku sementara menunggu kelas waktu petang...


Aku pasti akan merindui dan selalu mengenang moment2 indah itu. Betapa pantasnya masa berlalu....mungkin bila kami berjumpa lagi kelak, ada yang sudah jadi doktor, jurutera, arkitek, imam......


Ah....lumrah kehidupan.....setiap pertemuan pasti di penghujungnya ada perpisahan....tiada yang abadi dalam hidup ini selain DIA....apapun terimakasih Allah atas segala kesempatan semanis ini yang pernah Engkau berikan kepadaku.... Rahmatilah anak2 kami, rahmatilah kami semua ya Illahi.... ameen.





Nov 13, 2010

SEPI SEKELIP MATA.

Salam semua....

Mohon maaf kepada semua yang sudi meluangkan masa singgah di teratak buruk ini...tiada apa yang baru dapat dihidangkan...

Keadaan ternyata tidak mengizinkan. Terlalu sibuk dengan memenuhi permintaan...jamuan sana sini...beginilah keadaan diriku pada setiap penghujung persekolahan...terus sibuk hingga menjelang malam nanti....


Rezeki anak-anak...kan?


InsyaAllah akan kembali berkongsi cerita suka duka menangis dan ketawa bila segalanya telah kembali reda nanti. 

Wassalam.
Q.

Nov 11, 2010

BERTUKAR FITRAH?

"Tolonglah Q...cuma cakap Q jer dia boleh dengar...."

Hmm....boleh percaya ker? Aku tak percaya. Langsung tak percaya. Rasakan dia. Yan tu bukanlah keras kepala orangnya. Kepala batu pun jauh sekali. Pasti ada sebab terlampau yang menjadikan hatinya kering. Sekering gurun Atacama.

"Err...boleh kita jumpa berbincang?" - mak oii, nekadnya dia!


"Boleh, bawak Yan sama."


"Dia...pandang muka saya pun takmau...." - suara minta simpati.


"Takder Yan, tak boleh jumpa. Takper, cakap kat sini jer (telefon)".


"Tolong cakap kat Yan, pikirkanlah tentang anak-anak...."


Owh, dulu masa kau nak buat benda tak senonoh tu, ada kau ingat anak-anak? Ada kau ingat Yan? Apa yang kau ingat?


"Aku janji, aku bersumpah, aku tobat dah....aku insaf, takkan ulang lagi kebodohan aku....tolonglah Q..."


"Err....macam ni jer lah Kamal....saya sebenarnya dah sebut benda ni banyak kali kat Yan...dari aritu lagi...tapi, kalau dia masih berkeras....saya tak boleh buat apa-apa lagi..."


"Q...tolong pujuk sekali lagi. Toloooong lah Q...bagi saya peluang sekali lagi....saya janji saya sumpah Wallahi.."


"Eish...jangan bersumpah-sumpah kat sini lar...saya tak suka. Macam saya cakap tadi....saya tak boleh paksa Yan...Saya ingat, awak beri dia peluang bertenang dulu....lagipun keputusan belum tau lagi kan?"


"Tapi aku....tapi aku....." - aikk! nangis pulak dah. Tapi apa? Tapi kau dah tau keputusannya ker? Hahaa... kelakarnya... menangis konon! - aku terdengar-dengar suara Mak Dara heheee...


Itu lah....lainkali sebelum berbuat sesuatu, sebelum ucapkan sesuatu, fikir dulu...Memang perempuan lemah. Kalau keras pun cuma sekeras kerak nasi, direndam boleh kembang tapi jangan lupa : Tangan yang menghayun buaian itu boleh menggoncang dunia.


Pergi kau dari sini! - terdengar lagi suara Mak Dara. Jangan mintak tolong dengan aku. Mintak tolong pada yang Maha Pemberi Pertolongan. Aku seperti kau juga. Tak punya sebarang kuasa....


"So ok lah ya. Aku nak siapkan kerja sikit (post en3 jer sebenarnya yg asyik tergendala). Banyak2kan berdoa, mudah2an dapat jumpa penyelesaiannya yang terbaik, insyaAllah" - aku tutup bicara.


PAUSE - PELIKKAN? WANITA ITU FITRAHNYA LEMAH. LELAKI PULA GAGAH. HARI INI AKU LIHAT YAN DAN KAMAL BAGAI TERTUKAR FITRAH.

Q.

Nov 10, 2010

ICEBLENDED DURIAN BELANDA.

Tak semua orang suka makan buah durian belanda ni, kan?
Pernah tengok pokok dia? Pernah petik daun dia tak? Pernah gosok2 daun dia kasi pecah kat tapak tangan tak? Pernah cium daun yang dah pecah2 tu tak? Pernah? Hahaaa....bau dia....teruk ek? macam nak terlentang dibuatnya...sebab tu kalau ada orang macam kena 'ganggu' makhluk halus, biasanya daun ni digunakan sebagai salah satu bahan perubatan. 


Aku memang sinonim dengan durian belanda ni, mentang2lah aku ni berdarah Belanda....tapi tikus belanda dan ayam belanda (aku panggil ayam kluk-kluk) tu aku tak suka...tak suka!

aiskrim Malaysia - credit gambar kpd cloudymonday.blogspot.com


Buah ni nostalgia lar bagi aku. Masa kat s'pore dulu, keliling rumah kami dipenuhi pokok durian belanda ni lah. Boleh di katakan hari2 dapat makan fresh punya. Kalau dah banyak sangat, nanti emak aku buat aiskrim Malaysia, yg masuk plastik panjang2 tu.....pastu jual....dapat duit pi beli kacang putih kat Bang Ali benggali tu...


Arini anak aku no5 tu, ala...siapa lagi, my12 tu lar..nak mak dia buatkan air durian belanda. Sekali tu mak dia ada sikiiiit rajin, lalu mak dia buatlah iceblended durian belanda....takyah resepi lar ek?...main sumbat2 jer dlm pengisar iceblended tu....


Mula2 aku masukkan flesh/isi durian belanda 1/2 jar blender tu. Buang dulu biji dia. Pastu masukkan gula agak2 jer manisnya. Pastu masukkan ketulan ais dan sikiiiiit air mineral. Pastu zreeeenggg....bunyi ni lar yg aku tak suka....memekak!

iceblended durian belanda, yg besar tu mak dia punya...yg kecit tu anak dia punya...heh heh heh....jom minum.


Dah halus ketulan ais tu, tuang ke dalam bekas yg diinginkan.
Hmm....tak pasal2 aku minum ais malam ni, durian belanda punya pasal!

Ok....aku nak gelak golek ngan anak2 aku pulak eh. Nak sembang2...nak main-main...sampai depa ngantuk dan tidur....
esok hari mereka akan bermula lagi dan aku semakin tua sehari lagi....jumpa lagi nanti, insyaAllah.


Salam kasih, salam manis dari,
Q.



MASAK SIMPLE BALING-BALING...

Arini mama tak berapa sedap sehat badan....semalam kan kurang ajar makan tidur....pastu dengan angin Jepun datang serang sorong tipah tertipu tiup sepai sepoi2 basah bahasa....basah sebenarnya....pastu duduk dapur sorok2 sorang2...mereng memang lah agak eyemo emo....

Lepas siap jer bakar cupcake begatus bijik, mama baling baring2 jap, luruskan ponggong pinggang jap.....pastu ntah camner terus terlelap....nasib baik sekejap....tak kalu sawan lagi mama ni terkujat2...


Lepas pack cupcake, mama start masak nasi daging dgn perasaan.....tengah zaman moody ni, hanya Tuhan jer yg tau macamana nak hadapi....apakan dayaku....nak taknak ku harungi jua....

Sambil2 tu pastikan mana2 anak yg bersekolah pagi siap segala. Hanya my17 yg masih bekerja keras. My15 ada macam2 projek dalam kepala....maklumlah orang dah free....my12 pun....my9 pun dah senang hati....


Semalam my12 dpt hadiah dari cikgu, rupanya my9 pun dapat juga. Sekeping wallet kaler merah dari Ustaz sebab Arabic dapat 100%. Alhamdulillah. My9 dapat 11 A's dalam final year exam aritu. Alhamdulillah sekali lagi.


wallet merah hadiah peribadi dari Ustaz utk subject Arabic, jzkk.....

Nanti pada Hari Penyampaian Hadiah my12 dapat anugerah lagi, my9 pun....aku senyum gelihati bila my9 antara anugerahnya ialah sebagai Tokoh Imam....gelihati sebab tak padan dengan badannya yang halus jer tu...aku terima memo dari sekolah tadi.
Alhamdulillah ya Allah....Janganlah Engkau tarik balik segala kebaikan yang telah Engkau beri kepada anak2ku.....kekalkanlah ya Allah, kekalkanlah.....ameen.


Lepas siapkan order utk makan2 di Bkt C....kepala mama terus ting tong! Kenangkan anak2 balik sekolah nanti nak makan, mama masak simple2 jer lar ya sayang.....asalkan seddapp. Seddapp ker? heheee....boleh lar...kan sayang?


mama masak singgang ikan kerisi....


goreng ikan kerisi....makan ikan ni kena berhati2, tulang dia keras sekali, kalau tercekik boleh....eish, tak kan lah, kan?


dan sayur kacang botol + udang kering goreng berlada...
request dari my15....nak yang peddass macam singa!...


Sekali-sekali boleh lar...selalu sangat makan peddass tak bagus tau. Boleh amik dalam kadar sederhana....apa2 pun mesti bersederhana....


Ok....mama nak buat air soursop, my12 nak....dalam rumah ni cuma dia dan mama yg suka soursop, yg lain2 tu bila kita offer, pasti akan cakap..."ergh...mama makan/minum dulu lar...." atau pun, "takper, kirim salam jer kat dia.....". My15 lagi teruk, dia cakap, "mama....buah ni dah basi.....".  Ada2 jer budak bertuah tu.


Nanti sambung lagi ya.